Wednesday, 20 July 2011

HARI PENSIJILAN KURSUS

Hari ini hari ketiga kursus..hari akhir...seronoknya !!!! Dah banyak kami belajar sepanjang tiga hari ni...dari membuat blog, kami buat Monetise dan Moodle. Sekarang ni jangan nak main-main dengan pengetua pasal ICT...

Menuju Kecemerlangan: Tazkirah Zohor

Menuju Kecemerlangan: Tazkirah Zohor: "Hari ini sebelum sembahyang Zohor, kami.. semua peserta perempuan yang berkursus ICT di Hotel Putera yang beragama Islam telah diberi tazkir..."

Tuesday, 19 July 2011

Menuju Kecemerlangan: SKUAD PONTENG

Menuju Kecemerlangan: SKUAD PONTENG: "Pelancaran Skuad Ponteng Komuniti Bandar Tun Razak akan diadakan pada hari Sabtu 23 Julai 2011jam 9.00 pagi di Taman Perumahan Flat Seri Mu..."

Tazkirah Zohor

Hari ini sebelum sembahyang Zohor, kami.. semua peserta perempuan yang berkursus ICT di Hotel Putera yang beragama Islam telah diberi tazkirah oleh Uztazah Siti Meriam, pengetua SMK Bukit Jalil. Terima kasih Uztazah.

Selamat Bertukar

En. Sinnathamby , Ketua Guru Disiplin SMK Seri Mulia ditukarkan ke SMK Seri Pantai sebagai Guru Kanan Kemanusiaan mulai 01 Julai 2011. Selamat menjawat jawatan baru E. Sinna.

HARU BIRU

Hari ini hari kedua kami berkursus buat blog. Haru biru jadinya apabila ramai antara kami yang lupa. Semalam baru belajar .. hari ini tak ingat nak klik apa. Tambahan pula line internet Hotel Putera ni kadang-kadang ada..kadang-kadang hilang...limited access leeee. .. maklum lah ramai sangat nak guna maka sekali sekala line internet hotel ini jemmmmmm.

Monday, 18 July 2011

SKUAD PONTENG

Pelancaran Skuad Ponteng Komuniti Bandar Tun Razak akan diadakan pada hari Sabtu 23 Julai 2011jam 9.00 pagi  di Taman Perumahan Flat Seri Mulia. Acara akan dimulakan dengan Senamrobik murid-murid SMK Seri Mulia beserta anggota PIBG dan ibu bapa komuniti setempat pada jam 7.30 pagi diikuti dengan perasmian pelancaran oleh wakil ADUN Bandar Tun Razak.

BLOG CREATOR

Hari ini, Isnin 18 Julai 2011 di Hotel Putera, saya mentransformasikan diri sebagai seorang blogger.